Thursday, September 12, 2013

Pengenalan

Nama aku Loki dan aku seorang penganggur. Aku bukanlah menganggur atas kehendak tapi atas peluang pekerjaan yang semakin nipis senipis kulit bawang. Namun begitu dalam kalangan kawan-kawan sekitar Ipoh, bukan aku seorang je yang menganggur. Yang menganggur buat masa ni termasuklah Cimi, Naim, Fit, dan lain-lain. Jadi aku takde la rasa menganggur sorang-sorang.

Penganggur macam kami ni bukannya tak buat apa langsung. Macam aku, waktu pagi aku bagi ikan peliharaan aku makan, kemudian masak nasik untuk keluarga. Dalam pukul 2.30 petang pulak aku hantar adik aku pergi sekolah agama. Lepas tu, aku balik rumah bagi ikan peliharaan aku makan dan bukak Jobstreet cari kerja sampai pukul 5.40 petang. Kadang-kadang, aku pergi ambik adik aku balik sekolah agama pulak. Lepas tu, duduk rumah sampai pukul 9.15 malam. Pukul 9.15 malam ni memang sedap kalau keluar minum teh ais dengan kawan-kawan sampai pukul 12 tengah malam, kemudian sebelum tidur aku bagi ikan peliharaan aku makan lagi.

Kalau cuaca baik, aku suka minum teh ais dekat Wak Puji pasal kedai tu berlantaikan jalan tar dan berbumbungkan langit, orang putih cakap 'open air'. Kalau cuaca hujan pun aku suka minum dekat Wak Puji pasal dia ada kawasan beratap, atap dia pulak tinggi. Senang cakap pengudaraan di Wak Puji ni memang terbaik bagi aku. Wak Puji juga ada menyediakan tandas. Maklum la kalau lepak minum teh ais ni memang cepat kencing. Tandas dekat situ kondisinya boleh tahan la. Kadang-kadang bersih, kadang-kadang ada tahi bersepah.

Tiga hari lepas, aku dengan Cimi, Naim, Raje bermesyuarat dan timbul satu idea iaitu menjual nasi lemak. Nama Nasi Lemak Batman ni aku sendiri pun tak tau macamana boleh timbul. Tadi kami bermesyuarat sekali lagi di Vanggey bersama Sut dan Kodok, dan nampaknya perbincangan mengenai Nasi Lemak Batman ni menjadi semakin serius.

Jadi, aku rasa ada baiknya aku merakamkan sedikit sebanyak perjalanan hidup Nasi Lemak Batman ni dalam bentuk penulisan. Kalau menjadi nanti, aku akan war-war kan lokasi penjualan dan berkongsi pengalaman menjual nasi lemak. Kalau tak menjadi, ko anggap jela ko tak penah baca benda ni.

Kah kah kah